Entry terbaru

Tempat Berbuka Puasa yang best!

Dalam bulan puasa ni ramai yang cari tempat makan yang menarik untuk bawa kawan-kawan ataupun keluarga berbuka puasa bersama.

Memang lah masak sendiri lebih jimat, tapi apa salahnya sekali sekala rehat dari memasak tu, pergi je makan kat luar. Tapi kena make sure booking tempat awal-awal ataupun datang awal. Kalau tak, melopong lah kat luar kedai.

Ni nak suggest tempat yang menarik untuk berbuka puasa..

Restoran Redwork

Tahun lepas aku dah pernah berbuka puasa kat restoran ni. Siap buat review sikit pasal makanan dia. Ramai orang yang berbuka puasa kat sini. Kalau nak datang, lebih baik call dulu buat reservation. Jangan lupa baca review ok.

Bangsar Village View

Yang ni pula nasi daun pisang kat Bangsar. Aku yakin bulan puasa ni penuh orang kat situ. Tak pasti boleh booking ke tak. Tapi kat Bangsar banyak restoran nasi daun pisang ni, cuma kena bijak cari yang halal ok? Paham-paham jelah. Jemput baca review ye. Jangan batalkan puasa plak! hahaha.

Seoul Garden

Seterusnya Restoran Seoul Garden. Restoran ni banyak cawangan, aku pernah try kat One Utama. Memang puas hati makan! Dulu aku pergi dapat diskaun sebab student tapi sekarang ni tak dapat dah :( Tempat makan dia selesa, menu pun banyak pilihan. Jemput baca review k!

Gearbox Warung Dusun

Gearbox Warung Dusun ni terletak di Sungai Ramal Dalam. Kalau dari tol Kajang nak ke Bangi mesti akan nampak warung dusun ni sebelah kiri sebab tempat dia agak meriah dengan lampu-lampu. Tempat makan besar. Ada stall ikan bakar, otak-otak, satay. Aku paling suka sup dia. Memang sedap!! Harga pula tak mahal lah. Berbaloi lah dengan rasanya.

Ada banyak lagi tempat nak suggest ni, nanti-nanti lah ye? hehe.. 

Selamat Berbuka Puasa!

11 Comments
Tweets
Comments

11 Comments:

  1. wow.. sedapnyee..
    tapi kalau ada ramai nak kecil lebih baik makan kat rumah, nanti x berbuka kalau makan kat luar sibuk cr anak plak...
    tp yg pasti akak mesti makan kat tempat2 yg best, kena bijak pilih masa aar...

    ReplyDelete
  2. 3 drpnya aku dah settle b4! cuma yg gearbox ni je belom. nampak mcm best jerh.. mesti nk pakai dgn laki aku nnti ni.

    ReplyDelete
  3. jalan2 tengok resepi..

    ReplyDelete
  4. bilalah ambe dapat merasa makan kat restoren .. sosob

    ReplyDelete
  5. sronok brbuka pose kt luar tp msti time solat mghrib surau trlalu sesak..

    ReplyDelete
  6. wahh..mesti sedap tu..best kt sana mcm2 tmpt leh cari.. (^_^)

    #Hari ke5 ramadhan..selamat berpuasa! =)

    ReplyDelete
  7. saya teringin nak makan dekat seoul garden tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. dkna tau yang gearbox tu jer..tempat lain tak tau heheee

    ReplyDelete
  9. aku selalu makan kat warung dusun ni.. dah la murah.. gear box memang terbaiklah kat sana. fuhhh

    ReplyDelete
  10. buka puasa kat rumah masak sendiri lg sedap dan jimat.. hehehehe

    p/s: keadaan diri x mengizinkan nak bergerak ke sana sini sgt.. so buka kat rumah je... :)

    ReplyDelete
  11. Wow tempat menarik dan best untuk berbuka puasa sempena ramadhan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...