Entry terbaru

Pengalaman menaiki KTM dari KL Sentral ke Arau Perlis

Sabtu yang lepas aku bersama seorang rakan mengembara ke Perlis Indera Kayangan. Saja je nak melawat negeri orang. Dah lama tak pergi Perlis dan Langkawi, kali terakhir masa aku sekolah rendah kot.


Tak sempat ambil gambar keretapi sebelum bertolak sebab kami sampai je terus berlari masuk sebab dah lambat hehe. Ni semua pasal KTM Serdang la, lembab! :p Departure time jam 9.20 malam.

Kalau naik bas, perjalanan akan mengambil masa dalam 8/9 jam. Manakala KTM mengambil masa 11/12 jam. Biasalah kan. KTM slow sikit berbanding bas. Lagi pun mana ada jalan rata. hehehe

Memandangkan rumah persinggahan lebih dekat dengan stesyen KTM, aku pun pun naik lah KTM (Senandung Langkawi). Kami beli koc katil harga RM48 (atas) RM54 (bawah). Aku ambil yang atas sebab lagi murah. Yang bawah tu, bagi lah pakcik makcik yang tak larat nak panjat.


Seronok betul bila dah naik atas katil, kemas2 and sempat main game lagi. Tiba-tiba ada orang datang kata tu katil dia, bila check tiket, eh! a'ah laaaaa hahaha. Koc aku 2L bukan 2LX. Manalah pakcik nak tahu pakcik baru first time naik ni hehe.


Aku bawa beg sikit je, beg galas dengan goodie bag tu. Tapi kalau korang bawa beg besar-besar jangan risau. Boleh je letak kat bawah. Tapi jangan la sampai menghalang laluan passenger yang lain.


2 jam selepas bertolak. Smua langsir dah ditutup. Bunyi cengkerik tak ada, tapi bunyi berdengkur yang kedengaran. Pelbagai versi plak tu.

Naik keretapi yang ada koc katil ni memang selesa berbanding dengan bas ekspress. Sebab dalam keretapi aku boleh jalan-jalan pergi toilet, pergi kantin. Maksudnya, tak de lah terbaring kaku.


Kalau rasa bosan sangat baring, korang boleh je pergi kantin lepak minum kopi panas. Ada juga makanan goreng-goreng. 


Tapi service agak lambat sikit. Nasib baik yang datang 2 3 orang je. Kalau 10 orang, rasanya sejam jugak lah tunggu. Mungkin sebab keretapi goyang-goyang, tu yang susah sikit kot.


Fuhhh. Nampak segar-segar makanan dia. Banyak juga pilihan. Tapi..... Harga dia macam tak munasabah lah. Kita bukannya atas langit or dalam laut. Harga yang dikenakan sama macam makan dalam flight. Agak melampau. Kalau boleh pihak KTM kurangkan sikit harga ye.


Harga 2 kali ganda beb! Air kota milo yang kat kedai boleh dapat RM1.20 tu boleh jadi RM3 dalam KTM. 


Member aku nama dia Haidi. Katanya dah lapar nak buat macam mana, perjalanan masih lama lagi. Jom kita bedal je.


Siapa mamat dalam gambar ni. Tiba-tiba je masuk dalam blog ni!! HAHA. Aku tak makan banyak, cuma nasi lemak dan milo panas yang harga RM2.50.


Ni haa dia NASI LEMAK RM5. Siapa kata ada ayam goreng? Aku tak kataaa... korang la kata.


Tempat solat pun ada, jangan risau. Bersih dan selesa. Ada sejadah dan telekung yang disediakan. Ada juga penumpang yang landing kat sini. Nak regangkan otot rasanya. Yelah, 11 jam duduk pun letih juga.


Lepas ronda-ronda dalam keretapi ni, aku pun merebahkan badan di atas katil. Tidur lah bro! Paginya dah nak berjalan. Kalau nak tempah tiket KTM online pun boleh, beli kat kaunter pun boleh. Boleh cek DISINI

Excited gila bila dah nampak sawah padi. Dapatlah kami tengok pemandangan yang cantik sebab keretapi lalau tengah-tengah sawah padi. Tiada gambar yang sempat diambil.


Setibanya kami di Stesyen Arau, Perlis pada jam 8.30 pagi. Kami terus ambil teksi dan ke rumah persinggahan yang terletak di Taman Seri Wang Fasa 3. Nantikan aku akan cerita apa aktiviti kami disana ye :) 

stay tune!

Untuk lihat harga tiket KTMB secara online boleh ke website e-ticket KTMB


71 Comments
Tweets
Comments

71 Comments:

  1. wahh! best jugak nak kretapi.. xpernah naik lagi.. seakan2 kretapi adalah naik mcm lrt haha tp xda katel.. nak jugak rasa pakai kretapi..

    pergh! mahal nyerr makanan.. ishh tiket berpuloh jer melainkan mcm tiket flight beratus mmg lah harga brg makan mahal ckit.. eyh tba2 emo haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la naik g jauh2..pengalaman yg menarik :)

      Delete
  2. Woahhhhhhhhhhhhh~~
    Seronok je rasanya..
    Ary tak penah nek tapi macam best..
    MACAM lah kan? :P

    ReplyDelete
  3. pergh.. best tu bro.. aku da lama tak naik ketapi. lagi2 tempat yng boleh tido tu

    ReplyDelete
  4. amboi...seghonoknya...hehe..

    ReplyDelete
  5. kenapa tak cakap datang arau ? dah dekat sangat dengan rumah sewa sheda. hehe. kalau tak, boleh sheda bawak jalan2 perlis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sheda kat perlis rupanya? rugi2...hehe

      Delete
  6. Sekarang ni Perls org panggil Perlis Darul Sunnah. No more Indra Kayangan yg mcm ada unsur Hindu...

    Best cuti pergi Perlis ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ka? Baru tahu.. betul gak tu, KAYANGAN tu macam pelik ja..
      yup, perlis mmg best!

      Delete
  7. taman sri wang 2 dekat ngn uitm arau kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dekat dgn matrikulasi perlis juga..

      Delete
  8. ehh, selamat datang ke negeri PERLIS INDERA KAYANGAN. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik Eija org perlis ka? kalau byk masa aritu mesti sempat jumpa blogger area perlis :)

      Delete
  9. lme la nek ktm.amek mse.. lambat sgt nk smpai.
    tp kalo nk merasa, ok jek.hehe..

    btw.da follow awk. follower 1716

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik ni pun sbb nak merasa la ni hehe

      thanks follow..rerajin dtg ye :)

      Delete
  10. hebat lah bro..g jln2 ke utara..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat? haha bercuti biasa je kot..

      Delete
  11. rindu gile dekat arauu... huwaaa.. sini la tempat tunggu train klu nak pi aloq setaq time matrik dulu. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. arau best disebabkan suasana dia yg nyaman :)

      Delete
  12. ak slalu naik train klo blik kg...haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti byk pengalaman ni..teman baru pertama kali hehe

      Delete
  13. saya pernah naik sekali dulu.. pergi ke kelantan.. best jugak :)

    makanan memang mahal2.. tak berbaloi rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok tapau lagi baik kan? :)

      Delete
  14. wahahahaha,salah seat....nak tergelak makcik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi onie..gelak sakan ye..

      Delete
  15. cam best je nk keretapi jln jauh ni kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best tapi letih sikit :)

      Delete
  16. berapa cost perjalan pergi balik ye? teringin nak pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik train koc katil ni RM96 pergi balik..tapi kalau ambil seat biasa cuma RM46 pergi balik..

      Delete
  17. giler best... mcm bukan naik kereta api jeee... rase mcm jalan2 kt taman.. hahah..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan kat taman boleh tgk bunga, jalan dlm KTM tengok ape?haha

      Delete
  18. best mengembara ke negeri orang ni bobo tapi perjalanan naik KTM 11-12 jam tu..erk..agak letih la..huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg letih ezad..sedikit tips utk jalan jauh, pastikan lepas kul 12 kita dah tidur supaya cukup rehat..bila bangun je dah subuh :)

      Delete
    2. slm bro nk tya, train from arau to kl slalunyer pkul brapa eyh?

      Delete
    3. Selalu dijadualkan jam 9.00mlm..tp bole cek dikaunter sebelum beli tiket..

      Delete
  19. syoknyer.. sis teringin nk nek ketapi ni tp blm kesampaian. dulu masa belajar kat kedah ada gak plan nk balik kedah nek ketapi tp disebabkn xde member yg teringin nek ketapi kedek2 ni maka hajat dilupakan. maybe satu hari nnt nk ajak hubby jln2 nek ketapi bwk anak2 slps semuanya selamat... insyaAllah

    ReplyDelete
  20. wahh..mcm seronok je naik KTM..lg selesa la tu dr naik bas..kalau naik bas agak2 tambang dia berapa ek?perjalanan tu lebih kurang mcm bintulu -> kuching 10 jam naik bas & tambang rm75 skang ni..agak2 pg Arau tu brapa kalau naik bas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik bas g arau RM45..

      Delete
    2. murahnya...kt sini je tiket mahal2..~_~

      Delete
  21. memang makanan atas keretapi mahal...tak sedap pulak tu..

    pernah naik 10tahun lalu je...hehehe

    ReplyDelete
  22. Ee tak pernah lg travel naik train.
    Teringin gak, mcm best je. hehe =D

    ReplyDelete
  23. KA x pernah lg guna train utk perjalanan yg jauh mcm ni!

    ReplyDelete
  24. wah...cam best nie...
    da lame x naik keretapi...
    leh try bawa Qis jalan2.....
    gegege

    ReplyDelete
  25. mmg best nek keta p... masa muda remaja rajin gak nek ktm nehh..dh beranak pinak sekali jer naik ngn ank kecik emergency balik kpg ngn my mom..makanan mmg dh tahu mahal..elly mmg beli siap2 stok..kalau nasib baik ada la budak dr hentian mana2 yg naik jual dgn bakul..skrg x tahu lah ada ka x? lg sedappp budak jual dgn raga tu..

    ReplyDelete
  26. rindunyer nak naik kete api . last naik dulu time kecik ag . lps 2 da xpenah naik kete api tuk jln jauh cenggini . hadoiiinyer punnn :D

    ReplyDelete
  27. I x pnh naik keretapi... Inikan nk tido lat koc.. Kepinginnnn nyaaaaaaas

    ReplyDelete
  28. rindu pulak rase kat arau.. dlu pnah skali je naik ktm yg ada katil dri arau ke kl sentral.. best bleh tdo..

    ReplyDelete
  29. Macam best je.. Xpernah naik ktm yg sampai ke sana.. Takat naik nk g kl sentral pernah la.. Haha

    ReplyDelete
  30. dkna tak pernah naik ktm yang perjalan sejauh nie.. macam best jer dapat tidur atas katil tu..... boleh tak kita bawak makanan dari luar? memang mahal giler..lebih kurang air asia punya makanan..

    ReplyDelete
  31. Nk tanye.. klu perempuan naik sorang2, x bahaya ker? u think? i plan nak naik train to parit buntar. any advice? - dyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. x bahaya kot sbb ade staff ktmb ramai gak yg ronda2..lg pun mesti ramai passenger..

      Delete
  32. Bro nak tanya kalau nak gi sanglang nak turun keretaapi kat mana ekk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x berapa pasti bro..tp tu sempadan kedah n perlis..rasanya turun di alor star lebih dekat..

      Delete
  33. kaunter tiket buka smpy pkul baper...??
    malam2 kaunter bkak x...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam kaunter tiket ferry tutup.

      Delete
  34. Thanks 4 ur info

    ReplyDelete
  35. berhenti kat mn ye nk g langkawi tu bkn kn naik ferry ke
    saya nak pg bln 5 ni tp x tau mcm mn nk g naik keretapi..
    help

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhenti kat arau dulu.. kemudian dari arau pergi ke jeti kuala perlis...

      Delete
  36. boleh tak naik komuter pergi terengganu?

    ReplyDelete
  37. pengalamannya ternyata sangat okey gan
    terima kasih sudah share

    ReplyDelete
  38. kalo beli makanan siap2 dan bawa makan dalam ketapi boleh dak?
    mahal sungguh harganya.. lbih baik beli nasi goreng ayam..

    ReplyDelete
  39. oh bestnya, baru tau ktmb sempoi mcm ni, nak naiklah nanti... thanks for the info n review ^^

    ReplyDelete
  40. terima kasih sbb bg info ni. planning nk pegi perlis mggu ni, then tnya kwan nk solat mcm mana, dia kata slma ni dia qadaq jer...hm...rasa mcm pelik xkn xde tmpat solat, trima ksih! sbb jumpa ur blog ;))

    ReplyDelete
  41. Salam..nk tye sy nk prgi perlis..igt nk naik ktm..tp tk prnh naik..so nk amek yg ad tilam ni 54 lah eh?one way?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dulu tiket harga rm54 bawah and katil atas rm48. Boleh semak harga tiket semasa di laman web ktmb.. harga tiket ni one way..

      Delete
  42. Jika ke perlis lg jemput menginap di nora homestay.
    http://noraayub.blogspot.com/2014/05/nora-homestay-simpang-empat-perlis-3.html?m=1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...