Entry terbaru

Kisah Perempuan Gila Teraniaya

Gambar Hiasan
Kisah menyentuh hati yang akan diceritakan ini adalah kisah benar. Terpulang kepada individu untuk mengambilnya sebagai ikhtibar, pengajaran, panduan atau sebagainya. Sebelum tu, satu persoalan harus kita fikirkan.

Adakah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga itu benar-benar baik untuk seseorang? Siapa yang kata tu kena fikir-fikirkan lepas baca kisah ni.

Dia bernama Alia (bukan nama sebenar). Seorang yang memiliki rupa paras yang cantik dan anak yang mendengar kata. Ditakdirkan kahwin dengan lelaki pilihan keluarga dan menetap dia sekitar Kajang. Tak berapa nak pasti sama ada perkahwinan dia bahagia atau tidak, tapi yang pasti pasangan tersebut telah mempunyai 2 orang anak.

Entah di mana silapnya. Dia telah diceraikan suaminya dan terpaksa berpisah dengan anak-anaknya yang telah dibawa bersama oleh bekas suami. Setelah berpisah, dia mengalami tekanan perasaan yang melampau akibat terlalu sedih dengan anak-anaknya. Sehingga dia menjadi kurang waras.

Pernah beberapa kali di ambil oleh pihak berkenaan untuk ditempatkan di wad sakit gila. Tapi entah mengapa dia dia lepaskan semula. Walupun gila, dia tak pernah mengganggu orang ramai, apentah mencederakan. Dia hanya merayau sekitar taman perumahannya untuk mencari anak-anaknya.

Masa ternampak dia tu memang rasa sangat kesian sebab keadaannya tidak terurus. Satu hari tu dia hanya duduk dia tepi jalan melihat kenderaan lalu lintas dihadapannya. Itu kali terakhir dia kelihatan. Lepas tu dah tak nampak kelibatnya.

Kata orang dia duduk berseorangan dirumahnya. Kerap kali kelihatan mandi bogel di luar rumahnya. Biasalah, persekitaran kampung lah katakan. Kolam mandi di luar rumah yang dihadang oleh zink. Tapi zink tu dah uzur, so memang nampak lah kan.

Beberapa bulan lepas tu, aku agak terkejut sebab nampak perutnya besar macam orang mengandung. Aku tanya pada orang di sekelilingnya, memang sah dia di buntingkan. Tapi semua orang tak tahu itu angkara siapa. Tapi yang pasti ini kerja lebih dari seorang!

Apa yang aku syak, ini mungkin perbuatan buruh-buruh binaan yang sebahagian besarnya mendiami di sekitar perumahan Alia. Persekitaran kampung kat kajang memang macam tu. Yelah, kalau dah hari-hari nampak perempuan bogel depan mata, macam mana nak tahan nafsu tu kan? KEPALA OTAK! Tapi tak ada bukti nak sabitkan mereka.

Kesian kan? dah lah gila, kemudian orang ambil kesempatan pula. Apa pula nasib anak yang bakal dilahirkan tu? Sekarang ni, dia telah selamat lahirkan anak tu, tapi anak tu hilang, tak tahu siapa yang ambil. Sedih betul. Ibu bapa dia yang menetap di Kedah tahu tentang hal ini, tapi tidak ada apa-apa tindakan. hmm.

Kita nak membantu tapi tak berdaya, hanya yang boleh kita lakukan ialah mendoakan yang terbaik buatnya. Allah telah menjanjikan syurga untuk orang-orang sepertinya.

So, bagaimana persoalan di atas? fikir-fikirkan lah.

24 Comments
Tweets
Comments

24 Comments:

  1. kisah benar ke ni??

    hurm kesian kat alia tu :(

    ReplyDelete
  2. Ya allah.. Zalim sungguh manusia yg buat mcm tu kat dia. Kesian dia. Dah la anak dah bwk lari suami kena rogol lak tu.. Bila dh beranak tup tup org amik lg anak dia. Kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu yg terlalu sayangkan anaknya..

      Delete
  3. asallah famili dy tak amik dan jaga jek...hummm.

    kesian tau kalau dgr ceta2 cenggini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. family die jauh duduk kat kedah.. memang jarang datang jengok dia..mungkin die tak bagi family dia amik anak dia kot...

      Delete
  4. komunikasi itu penting..kadang2 perkahwinan ats dasr keluarga itu bahagia sebab kedua dua belah family saling mengenali dan itu juga bergantung pada kedua2 keluarga tersebt.ade juga yg x ok..tapi tak semua..setiap mslh ade jalan penyelesaian..kalau kita nk slhkn keluarga saje mmg x fair..mcm mane pulak dgn kisah ustazah fatimah syarha dgn suaminya?bahgia smpai skrg kan?..bg sy itu bergantung pd sesuatu institusi keluarga jgk..ape yg penting dlm sesuatu perhubungan itu adalah komunikasi..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  5. setiap sesuatu pasti ada kebaikan dan keburukannya bobo.. tak semua yang diaturkan oleh keluarga itu adalah yg terbaik kerana manusia ni x sama.. sedangkan rambut pun dah warna lain2 inikan pula hati yg ada kat dalam tu kan.. sebaiknya setiap apa yg kita lakukan mintalah petunjuk dari Allah SWT walaupun ia dtgnya dari keluarga kita sendiri. Hanya Allah SWT yg maha mengetahui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata ustaz don, ibu bapa mmg tahu apa yg terbaik utk anaknya, tapi tidak semestinya betul..

      Delete
    2. Pada pendapat saya la kan, ibu bapa 'alia' ni tidak bertanggungjawab langsung sekiranya mereka tahu akan nasib malang yang menimpa anak mereka itu tetapi memilih untuk tidak berbuat apa2. Ya, memang kita kena berdoa dan terus minta petunjuk dari Allah s.w.t, tapi ingatlah Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka terlebih dahulu. Dalam hal ini, ibu bapa 'alia' atau saudara maranya perlu bertanggungjawab menyelamatkannya dari neraka dunia ini.

      Delete
  6. tak guna punya bapak, bapak sendiri yang rosakkan anak die!!!

    ReplyDelete
  7. ya allh...andi betul itu takdirnya...suyrga la tempatnya nanti.hina di dunia mulia di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  8. dkna simpati dengan nasibnya.. nak salah kan siapa?? keluarnya sebab nikahkan dia dgn orang yang tdk dicintai??

    nak salahkan suami sebab ceraikan dia kemudian amek anak2 pergi bersama??

    memang kesian.. ermmm..semoga dia dilindungi oleh-Nya

    ReplyDelete
  9. zalim manusia yg menganiaya di, tp zalim lagi pemerintah yg sibuk mencanang krajaan prihatin, tp masyarakat tertindas macam ni terlepas pandang...

    ReplyDelete
  10. Kalau ni memang kisah yang benar-benar berlaku, memang kesian sangat pada nasib perempuan tu...

    Tapi zaman sekarang ni, susah nak kata pilihan pasangan oleh ibubapa dapat menjamin kebahagiaan. Yang suka sama suka bercinta bagai nak rak pun boleh berpisah apalagi yang tak bercinta + diaturkan ibubapa. KADANG-KADANG, apa yang ibubapa fikir itu adalah yang terbaik untuk si anak, tapi ia tidak semestinya terbaik pada fikiran anak.

    ReplyDelete
  11. Kesiannya...seorang ibu..mestilah merindui anaknya sgt sbb dia yg melahirkan..huhu..sepatutnya keluarganya tak patot biarkan dia mcm tu..tu tanggungjawab nmanya.huhu..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Area dirahsiakan.. tapi memang benar berlaku..

      Delete
  13. kesiannya dia..dah tak waras, orang amik kesempatan pulak.. pulak tu dh mengandung.. astaghfirullahalazim..

    ReplyDelete
  14. kesiannya..

    itu la orang kata, gila meroyan sebab hilang anak2nya.

    ReplyDelete
  15. sedihnya cerita ni bobo...kesian wanita tu.

    ReplyDelete
  16. kesian dgn wanita tu...aiihh..

    kenapa la ada manusia yg kejam skrg ni..? org yang bersalah yg jadi mangsa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...