Entry terbaru

Akibat Meninggalkan Solat - Untuk Peringatan Bersama





Subuh
Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahanam selama 60 tahun. Adakah anda tahu 1 tahun di akhirat bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. Bayangkanlah jika kita sengaja meninggalkan solat subuh ni, berapa lama kita akan jadi penghuni neraka Jahanam tu? Congaklah sendiri..

Zohor
Sekali kita meninggalkan Solat Zohor dengan sengaja, seumpama kita membunuh 1000 orang muslim. Allah telah menjanjikan neraka bagi pembunuh, ni kan pula 1000 orang. Dapatkah anda bayangkan? Jangan kerana benda wajib yang tak sampai 15 minit ini kita ditempatkan di neraka. Tak berbaloi...

Asar
Dosa bagi mereka yang meninggalkan solat asar sama dengan dosa seperti meruntuhkan Ka'abah. Sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? fikir-fikirkanlah..

Maghrib
Dosa bagi yang meninggalkan solat maghrib pula sama seperti berzina dengan ibu bapa sendiri. Tak perlu hurai lanjut mengenai perkara ni. Faham-fahamlah...

Isyak
Mereka yang sengaja meninggalkan solat Isyak pula tidak akan diredhai oleh Allah untuk tinggal di muka bumi dan menggunakan nikmat-nikmat Allah. Termasuklah nikmat pancaindera. Semua yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT. 

Sama-samalah kita memuhasabah diri untuk jadi muslim sejati. Tidak ada manusia yang sempurna diatas muka bumi ni. Cubalah jadi yang terbaik untuk mendapatkan keredhaanNya. Sesungguhnya Allah  mengetahui segala amal perbuatan hamba-hambaNya.


Sembahyanglah Kamu
Sebelum kamu
Disembahyangkan...

12 Comments
Tweets
Comments

12 Comments:

  1. yg tak tinggal solat, pastikan solat itu mampu mencegah diri dari kemungkaran

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, terasa banyak betol dosa yg kita buat bila meninggalkan solat...terima kaseh tuk info yg sgt berguna yer en bobo..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas peringatan ni imbobo.. Leh prnt out tmpal kat dnding ni.. :)

    ReplyDelete
  4. salam;
    Takutnya aku dengar!!..

    ReplyDelete
  5. sembahyang itu tiang agama, kalau tak sembahyang maknanya meruntuhkan agama...

    ReplyDelete
  6. thanks 4 sharing

    jgn sesekali tinggalkan solat kan

    ReplyDelete
  7. sebab tu lah kita xboleh pandang ringan solat ni..

    ReplyDelete
  8. untuk peringatan bersama....

    ReplyDelete
  9. sebenarnya ramai yg tahu akan hal ni. tp masih ramai juga yg sengaja meninggalkan.. anyway nice entri! thanx utk ingatan ini... :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas info ni.. semoga diri kita makin dekat dengan-Nya

    ReplyDelete
  11. ahaa!!artikel yg bgs tuk roomte aku yg xsmyg ni...aku ckp p xgna...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...