Entry terbaru

Produk yang diharamkan Jakim - Hanya Rumours

Salam Jumaat,

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini, menyambung rutin harian, melaksanakan ibadah dan suruhanNya sebagai khalifah. Semoga bukan saja hari ni, malah hari-hari berikutnya kita diberkati dan dilindungi oleh Allah s.w.t.

Baru-baru ni banyak carian mengenai status halal sesuatu produk makanan berdasarkan keyword-keyword yang masuk ke dalam blog ni. Antaranya, tepung cap sauh haram, kenapa minyak sri murni haram, dan senarai produk haram oleh Jakim.

Berikutan daripada maklumat yang tersebar di facebook, yang menyatakan tauke gula Robert Kuok telah menipu semua rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.



Pada entry ini Haram by Jakim, ada bukti yang menunjukkan kesahihannya. Namun tidak pula dinyatakan produk tersebuk mengandungi bahan-bahan terlarang. Cuma company tersebut tidak berjaya mendapatkan sijil Halal Jakim. Ramai yang tidak sangka tepung cap sauh dan minyak sri murni diharamkan. Kedua-dua produk tersebut amat kerap digunakan oleh orang Islam.

Respon dari pihak Jakim di facebook Sahabat Halal Jakim mengenai isu ini, perkara tersebut hanyalah khabar angin. Rujuk Direktori Halal Jakim. Untuk tepung cap sauh, sijil halal masih valid sehingga 30 September 2013. Mungkin baru saja diperbaharui.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Namun, kita perlu mengambil perhatian kepada produk-produk yang belum memperolehi sijil hahal dari Jakim. Bermakna, produk-produk tersebut belum diketahui status halalnya. Umat Islam perlu elak membeli atau menggunakan produk tersebut dan kepada mereka yang was-was dan tidak pasti, ia merupakan Syubhah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut (untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.” (Hadis riwayat Ibn Marduiah) 

Zaman ini umat Islam berdepan dengan cabaran yang amat besar dan sukar. Semuanya bergantung pada diri individu itu sendiri. Semoga kita semua terhindar dari termakan benda-benda yang haram.

Topik Khutbah Jumaat hari ini: Persoalan makanan halal, haram tidak boleh diambil mudah.

Logo yang diiktiraf oleh Jakim berkuatkuasa 1 Januari 2012



27 Comments
Tweets
Comments

27 Comments:

  1. Kalau was-was sgt baik xyah guna. Kan senang..

    ReplyDelete
  2. kadang2 confius dgn article2 brg xhalal nie..xtau bnda tu betol atau fake..

    ReplyDelete
  3. mak selalu beli tepung ni





    huh dah lama tak singgah sini

    ReplyDelete
  4. alamak yeke? tepung ngn minyak brand tu la slalu pakai..damn

    ReplyDelete
  5. cni sana aku tgh org cite psl mende ni tp for real ke beb?

    ReplyDelete
  6. thanks utk info.. =)

    ReplyDelete
  7. taw xpe..first time tgok benda nie..mcm tak percaya..takkan smpai mcm nie..so,tanyalah mak sebab mak keje kat bhgian sini..mak kata.tu rumors je sbb nak menjatuhkan perniagaan org lain..huhuh..yang penting..pastikan dulu kesahihan tentang sesuatu perkhabaran sebelum kita percaya betul2. :)

    ReplyDelete
  8. tp org kita ni tau haram pun masih nak juga.. cothnya... arak la kan... huhuhu

    ReplyDelete
  9. salam imbobo kurang jelas r , sebenornye tepung tu ade ke tak de sijil?

    ReplyDelete
  10. ooo...minya sri murni tak boleh ea??? kalo kat sarawak ni pun konpius...

    ReplyDelete
  11. hati2 dengan makanan yang tidak halal..
    ianya menjadi darah dan daging..

    ReplyDelete
  12. nice sharing :) soal halal haram takleh diambil mudah

    ReplyDelete
  13. thanks sharing! risalah2 dah edar semua pelosok tempat. huhu! ada baca gak.

    ReplyDelete
  14. semoga kita semua terhindar dr mkn mknn yg tak halal ni..ameen :)

    ReplyDelete
  15. oooow... akak pun nak chek aar kat fesbuk Jakim tu,.. baru lega hati bila tau tang mana halal haram ni, makanan tu jd darah daging, kalau makan yg haram???? baik berhati2..

    ReplyDelete
  16. makanan harus dipastikan dri sumber yg halal...actually terkejut gak dgr brita ni masa dulu la..tp selagi x dipastikan kesahihan brita angin tu..xde la nk percaya sgt kn...berita tv3 kan ade utk hebahan umum

    ReplyDelete
  17. Kadang2 citer camni disebarkan oleh competitors.... Sahkan dulu ...

    ReplyDelete
  18. Dulu guna tepung tu dengan minyak tu. Haih. Tapi dah lama sangat tak guna. Huhu

    ReplyDelete
  19. mkan msakan kat umah insyaAllah lbih trjamin.. =)

    ReplyDelete
  20. slalu gune tepung sauh tu wat kueh.huhu

    ReplyDelete
  21. memang lag betul soal halal haram ni penting, tapi ada pengajaran lagi satu, sudah sudah lah orang kita memfitnah orang lain, Allah tak pernah redha kita fitnah orang walaupun diorang kafir, berdosa besar. tu pengajaran lain untuk kes ni. sekian.

    ReplyDelete
  22. pentingnya care ttg mknn tu halal ke tak..kan bobo

    ReplyDelete
  23. tepung tuu.. minyak tuu.. ramai yang beli.. bahaya-bahaya..

    :: thanks share info ni Imbobo :D

    ReplyDelete
  24. seram lak membacanya.. dah kata org kaya, boleh buat mcm2 nak tutup citer.. :)

    ReplyDelete
  25. apa yang kita makan,,boleh effek kat diri kita nanti..jadi,,tengok dan sahkan kehalalannya sebelum beli..;)

    ReplyDelete
  26. isu halal ni memang dari dulu tak selesai. kadang-kadang tak sedap hati jugak bila beli barang-barang kat kedai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...