Entry terbaru

Tips Untuk melancong ke Vietnam (Ho Chi Minh)


1. kalau nak beli barang pastikan korang tawar!! tawar jgn sikit2, tawar half price.. kalau die berkeras xbagi korang angkat kaki, 3 saat lps tu die ankan panggil balik haha...

2. teksi untuk ronda bandar Ho Chi Minh cuma 2 dollar je..local bas plak 1 dollar utk 5 org..

3. Jgn bawa duit Vietnam(Dong) banyak sgt..bawa dollar juga sebab kekadang barang yg korang nk beli tu dibayar guna dollar lebih murah..

4. kt sana package full body massage VND 150,000(RM 23) full body + foot massage :)

5. motorsikal memang berduyun-duyun atas jalan raya, nak melintas jalan pun takut kena langgar..so tipsnya korang kena jalan slow je, confirm xkena langgar sebab motor2 semua mengelak..tapi kalau korang tetiba stop korang akan kena langgar..nak melintas kena angkt tangan atas kepala..

6. tak perlu bawa towel, tooth paste, tooth brush, shampoo, bath gel, sikat, shower cap, cotton buds sebab sumanya disediakan oleh pihak hotel..baju pun bawa sikit je, sbb nanti mesti nk shopping kan?hehe kan terlebih berat beg kne charge plak kt airport..

setakat ni je yg teringat..nnt kalau ada lagi akan dtambah lagi ye..tips ni penting utk mereka yg nak melawat kt sana, sbb dulu before aku pergi pun mencari juga benda2 macam ni dalam internet, so harap2 berguna lah ye dan jgn disalah guna! hehe

Jom baca:

Hari Pertama di Vietnam

Hari Kedua di Vietnam

Aktiviti di Halong Bay

9 Comments
Tweets
Comments

9 Comments:

  1. 7. Kalau nak membeli belah selain di Ben Thanh market, boleh juga pergi ke An Dong market di District 1.. lebih banyak pilihan

    ReplyDelete
  2. yeke..airtu x g sana..ni kne g balik ni hehe

    ReplyDelete
  3. nak g balik ? wah atas urusan kerja ke jalan-jalan ?

    nak ekot. bole ? hihi

    ReplyDelete
  4. haha bila ada duit..nak g skali?jom!

    ReplyDelete
  5. Ben tay market pun ok. Sebab blh borong pukal

    ReplyDelete
  6. at last jumpa pun tips ni.. terima kasih tuan blog! :)

    ReplyDelete
  7. Tumpang tanya, ada tak tempat-tempat menarik di vietnam yang mesti dilawati? maksudnya banyak beza dengan environment Malaysia?

    ReplyDelete
  8. Vietnam pada pandangan saya adalah satu tempat yang seronok dilawatai kerana banyak tempat-tempat bersejarah terutama kesan peninggalan peperangan - Vietnam War. Sapa2 yang menonton kisah peperangan seperti Rambo The First Blood II, Casualties of War, Missing In Action, The Deer Hunter, The Apocalypse Now dan banyak lagi sudah tentunya dapat melihat dan merasai kesan2 peperangan tersebut. Lawatan ke Cu Chi Tunnel adalah yang menarik kerana dapat melihat kreativiti tentera Vietcong membuat terowong dan disamping membuat jerangkap samar secara manual. Suasana kehijauan di beberapa tempat di persisiran Delta Mekong juga begitu mengasyikkan tapi sayang saya tak kesempatan kerana mengikuti rombongan yang majoritinya wanita veteran. Biasalar nak banyakkan aktiviti shopping. Hmmm rasanya nak ulang trip kali kedua ke sana. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...