Entry terbaru

Bukti kehebatan Ayat Kursi

Salam..sebentar tadi baru selesai buat aktiviti harian(blogwalking) ke blog2 yg join Segmen Tia haritu..kesemuanya telah difollow dan telah meninggalkan komen..lepastu check dashboard saja nak tengok entry2 menarik dari teman2, terjumpa satu entry menarik berkenaan kelebihan Ayat Kursi..teringat kisah lama..

Kisahnya begini, dulu semasa menuntut di  Kolej Matrikulasi Perak, aku sering menggunakan perkhidmatan bas ekspress Plusliner untuk pulang ke rumah di Kuala Lumpur.. nak dijadikan cerita, masa tu cuti Hari Raya Puasa selama seminggu kot, aku telah menaiki bas Plusliner untuk pulang, masa perjalanan dari Perak ke KL lebih kurang 2 jam setengah..


Bila dah sampai rumah baru perasan handphone aku tercicir, aku tak dapat pastikan dekat mana ia tertinggal..tapi jauh disudut hati mengatakan handphone aku tercicir semasa didalam bas. Masa tu aku pakai Nokia sabun. Aku hanya ada satu je handphone, alih-alih hilang..mm

Cuti seminggu raya telah berlalu, aku pulang ke kolej..kali ni aku berharap dapat menaikki bas yang sama dan pemandu yang sama. Keluar dari rumah aku membaca 7 kali ayat Kursi. Bila sampai je kat bas yg pada itu di KL Sentral, aku terkejut sebab pemandu bas itu ialah pemandu yang sama. Allah itu Maha Mendengar.

Naik saja bas tu aku memulakan bacaan ayat Kursi. Pernah aku terbaca, barang siapa yang ingin akan sesuatu, bacalah ayat kursi 100 kali dengan penuh khusyuk. Aku pun baca, sepanjang perjalanan aku tidak bercakap dengan sesiapa. Bila sampai je kolej, ngam-ngan bacaan kali yg ke-100. Aku bayangkan muka pemandu tu lepastu  aku tiup kat muka dia.

Turun je bas aku bertanya "bang, hari itu saya ada tercicir handphone dalam bas ni, abg ada nampak  tak" mengelabah muka brader tu nak jawab, die marah aku balik "kalau handphone tertinggal memang dah hilang lah, mana boleh dapat balik" betul juga katanya..tapi hati aku mengatakan dia yg ambil handphone tu..

Mana ada orang nak mengaku kalau dia ada niat nak ambil kan..aku pun beredar dari situ, 10 minit kemudian konduktor bas (Pak Cik Mus) call kata handphone telah dijumpai. Aku terus pergi dapatkannya. Ye! memang betul handphone aku tapi sim kad telah dibuang. Pada ketika itu aku sangat bersyukur pada Allah.
Inilah bukti kehebatan ayat Kursi itu..Jom kita baca kelebihan AYAT KURSI DISINI

EH!, first time aku buat entry panjang gila macam ni haha! ni dah macam cerpen pendek la pulak! 

4 Comments
Tweets
Comments

4 Comments:

  1. semua ayat Al-Quran memang ada manfaatnya tersendiri..memang kuasa Allah tu maha besar..=)

    ReplyDelete
  2. Seseungguhnye tiada yg terindah dan teletak elok sesuatu itu tnpa kehendak-NYA.. Nak2 henpon tu beli kai duit halal..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...