Entry terbaru

LOGO BARU HARIMAU MALAYSIA


5 Finalis logo Harimau Malaysia yang baru. Masih ada baki 12 hari lagi untuk mengundi. Korang dah undi ke? Cuba masuk dan lihat kreativiti dan huraian logo lepas tu undi.


Aku undi logo no 4 sebab nampak lain dari yang lain. Logo-logo lain bukan tak cantik, tapi dah macam terlalu biasa dengan citarasa Presiden FAM yang &5x?@ sebelum ini,


Huraian Logo

RASIONAL LOGO
Motif harimau ' Panthera tigris jacksoni ' yang sedang mengaum dengan ekspresi yang agresif kini wajah baharu identiti skuad Harimau Malaysia dalam misi meningkatkan pencapaian bola sepak negara.

Motif kepala harimau yang sedang mengaum luas jelas menggambarkan komitmen yang jitu skuad harimau malaysia yang sentiasa dahagakan kejayaan demi negara Malaysia. Elemen bulan & bintang yang sinonim dengan elemen pada jalur gemilang pula mendukung erti yang sama. Ibarat seekor harimau yang membawa nama negara dalam perjuangan sukan bola sepak antarabangsa.

KETERANGAN WARNA
Kuning & Putih - Simbolik warna semula jadi sang harimau dan jalur gemilang.
Merah - Melambangkan keberanian skuad Harimau Malaysia.
Hitam - Persis belang sang harimau adalah simbol dominan yang menjadi objektif skuad harimau malaysia untuk mencipta ‘nama’ dalam sukan bola sepak antarabangsa.

Tunjukkan belangmu!
Logo Rekaan: Muhammad Amzar Bin Mohamed

Untuk mengundi logo kesukaan korang sila klik sini > http://www.undiharimaumalaysia.com/ . Cepat masih ada 12 hari lagi untuk mengundi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...